Monday, May 30, 2011


PENGHARGAAN

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah ini. Tanpa izinNya, mustahil dapat saya menyempurnakan tugasan ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan sokongan dan bagi dorongan serta bantuan kewangan bagi memastikan tugasan kerja kursus Sejarah ini disempurnakan. Tanpa bantuan mereka tidak mungkin kerja kursus Sejarah ini Berjaya disiapkan.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah, terutama kepada pengetua, Tn. Hj. Hamzah bin Yusof, pn. Norazlina binti Shabudin, guru Sejarah saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dan bekerjasama mencari dan berkongsi bahan- bahan atau maklumat yang diperolehi bagi menyempurnakan tugasan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan tugasan kerja kursus Sejarah ini.

Sekian, terima kasih.













OBJEKTIF KAJIAN


Kajian kerja kursus Sejarah ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengetahui secara terperinci latar belakang atau asal usul sejarah penubuhan Majlis Perbandaran Taiping.Selain itu, kajian ini dapat memberikan lagi ilmu pengetahuan saya tentang fungsi dan peranan utama yang dimainkan oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping dalam membangunkan Bandaraya Taiping amnya di samping cabaran- cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping dalam memastikan kemajuan Bandaraya Taiping.

Kajian ini juga dijalankan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) bagi mata pelajaran Sejarah 2011.















KAEDAH KAJIAN

Pelbagai kaedah telah digunakan untuk memastikan tugasan kerja kursus Sejarah ini disempurnakan. Antara kaedah yang digunakan ialah:
a)   melawat tempat kejadian
-          untuk mendapat gambaran sebenar bangunan Majlis Perbandaran Taiping,  saya telah melawat tempat berkenaan bersama rakan seperjuangan dalam mengumpul maklumat yang diperlukan untuk menjayakan kajian ini.
b)   pemerhatian
-          saya juga telah membuat pemerhatian sewaktu lawatan diadakan ke Majlis Perbandaran Taiping.

c)    temu ramah
-          untuk memantapkan lagi isi kandungan dalam kajian ini, saya telah menemuramah seorang pegawai daripada bahagian Komuniti dan sosial penduduk.
d)   penyelidikan
-          untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih, benar dan tepat, saya telah membuat beberapa penyelidikan iaitu dengan merujuk buku- buku rujukan, majalah dan melayari internet.


























































MATLAMAT MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

Matlamat utama Majlis Perbandaran Taiping ialah mempertingkatkan mutu kehidupan melalui perkhidmatan dan kemudahan perbandaran yang terbaik dan berkualiti. Selain itu, MPT  juga memainkan peranan sebagai jentera kerajaan bagi mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Mengawal dan merancang semua pembangunan yang ada di      dalam bidang kuasa Majlis Perbandaran Taiping mengikut dasar- dasar  yang telah ditetapkan oleh majlis juga merupakan antara matlamat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Taiping di samping menggalakkan pembangunan sosial, fizikal, ekonomi dan     pembangunan kegunaan tanah secara teratur, cekap dan             ekonomikal. Selain itu, MPT juga bertanggungjawab menyediakan dan melaksanakan kemudahan infrastruktur, serta       menyelenggara ke tahap yang sempurna di samping mengadakan projek landskap dan pengindahan serta menyelenggara kemudahan-kemudahan rekreasi, lipurdiri, taman           awam supaya dapat mewujudkan suasana alam semulajadi yang   harmoni.










MISI
Majlis Perbandaran Taiping sebagai penggerak yang berwibawa, dinamik, berdaya saing dalam penyampaian perkhidmatan Perbandaran, Pembangunan dan Pelancongan kepada pelanggan melalui pengurusan yang berkualiti dan kompeten untuk kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat.




VISI




Menjadikan Taiping sebagai sebuah pelancongan warisan berdaya maju, sejahtera dan mampan menjelang 2020.











































SEJARAH MPT

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.
Berikut adalah sejarah perkembangan pentadbiran Taiping :
* 1874 Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan (Sanitary Board)
* 1930 Lembaga Bandaran ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137
* 1956 Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
* 1/7/1977 Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
* 1/9/1979 Penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (Keluasannya ialah 139.89 km persegi)
Pada dasarnya bidang tugas Majlis Perbandaran Taiping adalah melibatkan perancangan dalam mencorakkan pembangunan masa depan kawasan Majlis dan memberikan perkhidmatan perbandaran utuk memenuhi keperluan asas semasa penduduk di kawasan Majlis. Bagi mencapai hasrat ini, MPT telah menetapkan misinya iaitu menjadikan kawasan Majlis Perbandaran Taiping sebagai kawasan yang permai, bersih, indah, teratur dan dinamik









LATAR BELAKANG MAJLIS



Kawasan Pentadbiran
Kawasan pentadbiran MPT kini merangkumi keluasan 186.46 km persegi iaitu 18,646 hektar. 16.46 km persegi yang terdiri daripada 12 mukim iaitu :-
1.
Batu Kurau
7.
Pengkalan Aur
2.
Kamunting
8.
Simpang
3.
Assam Kumbang
9.
Sungai Limau
4.
Jebong
10.
Bukit Gantang
5.
Tupai
11.
Trong
6.
Bandar Taiping
12.
Sungai Tinggi

Keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis ialah 186.47 km persegi. Kira-kira 111.47 km persegi adalah kawasan operasi iaitu kawasan yang diberi perkhidmatan dan dikenakan cukai taksiran tahunan sementara 74.99 km persegi adalah kawasan kawalan iaitu kawasan yang tidak diberi perkhidmatan tetapi pembangunan terkawal.




LATAR BELAKANG MAJLIS

Jumlah Penduduk
198,112 ORANG
Jumlah Pegangan
53,200
Jumlah Kedai
4,319 BUAH
Jumlah Taman Perumahan
234


Kawasan Pentadbiran
·         Kawalan (kawasan yang tidak diberi perkhidmatan tetapi pembangunan terkawal) 95.75 km    persegi bersamaan 9,575 hektar.
·         Kawalan dan perkhidmatan (kawasan operasi iaitu kawasan yang diberi perkhidmatan dan     dikenakan cukai taksiran tahunan) 90.71 km persegi bersamaan 9,071 hektar.
·         Rancangan Tempatan 125.00 km persegi bersamaan 12,500 hektar
·         Larut Matang 1355.99 km persegi bersamaan 135,599 hektar
Penduduk
Mengikut bancian 2000, penduduk Majlis Perbandaran Taiping adalah seramai 198,112 orang dan kadar pertumbuhan penduduk bagi tahun 1991-2000 adalah sebanyak
Perkara
Larut Matang
MPT
Penduduk
273,321
198,112
Bilangan Kediaman
273,641
51,530
Jumlah Isi Rumah
61,888
42,274
Iklim 
Taiping merupakan bandar yang mempunyai kelembapan paling tinggi dengan suhu 27.7 darjah Celcius manakala purata hujan adalah 4199mm setahun.
Sistem Pentadbiran
Majlis Perbandaran Taiping mempunyai kuasa autonomi dari segi kewangan dan merupakan sebuah organisasi yang memberikan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Bandar Taiping dan kawasan-kawasan operasinya. Keluasan keseluruhan kawasan MPT kini menjangkau 116.46 km persegi dan sebagai merealisasikan misi dan wawasan iaitu menjadikan Taiping sentiasa berdaya maju menerusi perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti, MPT telah mengatur strategi pengurusan dan pentadbirannya sejajar dengan perkembangan dan keperluan semasa.
Majlis Perbandaran Taiping mengamalkan 3 peringkat pentadbiran dan pengurusan iaitu:-
Majlis Menggubal dasar dan membuat keputusan
Majlis terdiri daripada seorang Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping dan 23 orang Ahli Majlis yang dilantik sebagai mewakili masyarakat tempatan.


LATAR BELAKANG MAJLIS

Jawatankuasa Penasihat dan Teknikal
• 
Tujuan-tujuan Am.
• Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun .
• Pengangkutan dan Lalulintas.
• Kesihatan, Perlesenan dan Penjaja.
• Pengindahan, Rekreasi, Zoo dan Pelancongan.
• Jawatankuasa Kebersihan dan Perkhidmatan Bandar.
• Jawatankuasa Pembangunan Projek.
• Jawatankuasa Membuka Tender.
• Jawatankuasa Perancangan dan Kawalan Pembangunan.
• Lembaga Tender.
• Lembaga Perlantikan dan Kenaikan Pangkat.
• Lembaga Tatatertib.
• Lembaga Perlupusan.
• Mesyuarat Penuh.

Pengurusan Perlaksanaan dan Penilaian
9 buah jabatan dalam Majlis Perbandaran diamanahkan untuk melaksana serta menguatkuasakan dasar dan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis.
Bagi mengawal pembangunan gunatanah yang teratur, kawasan-kawasan mengikut zon telah dikenalpasti iaitu :-
Zon Industri
Kawasan Kamunting, Tupai, Perindustrian Simpang dan Kampung Boyan (Industri Ringan).
Zon Rekreasi
Kawasan Kamunting, Tupai, Perindustrian Simpang dan Kampung Boyan (Industri Ringan).
Zon Perdagangan
Bandar Taiping, Kamunting dan Simpang.
Zon Kediaman
Di sekitar kawasan Simpang, Kamunting, Pengkalan Aur dan Assam Kumbang
Zon Perlancongan
Trong, Batu Kurau, Matang dan Changkat Jering.





UNDANG- UNDANG TUBUH MPT
AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976  PEMBERITAHU DI BAWAH SEKSYEN 3
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan,1976,
Pihak Berkuasa Negeri, Perak, dengan berunding dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya dengan ini mengisytiharkan bahawa
mulai dari 1hb September, 1979, kawasan yang dinyatakan dalam Jadual bersama-sama ini
menjadi suatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang dikenali sebagai kawasan Majlis
Perbandaran Taiping dan menetapkan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan itu adalah bertaraf
Majlis Perbandaran.
                                               
                                                            JADUAL
Kawasan yang digariskan dengan warna kelabu di atas Pelan Warta No.563 yang disimpan
di Pejabat Pengarah Ukur, Perak. Keluasan kawasan kira-kira 54 batu persegi.











UNDANG- UNDANG KECIL
1.   Undang-undang Kecil Iklan (MPT) (Pindaan) 1992
2.   Undang-undang Kecil Kedai Gunting dan Pendandan Rambut (MPT) (Pindaan) 2010
3.   Undang-undang Kecil Penjaja (MPT) 1983
4.   Undang-undang Kecil Lembu-lembu Merayau (MPT) 1983
5.   Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MPT) 1983
6.   Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan Dan Perusahaan (MPT) 2010
7.   Undang-undang Kecil Kebersihan Awam (MPT)
8.   Undang-undang Kecil Dewan Perbandaran (MPT) 1984
9.   Undang-undang Kecil Pengawalan dan Pengawasan Tempat Makan (MPT) 1984
10. Undang-undang Kecil Pasar Malam / Sehari (MPT) 1985











PERINCIAN PERANAN / TUGAS MENGIKUT JABATAN
Jabatan Khidmat Pengurusan
Pengurusan AM
·                     Kami komited untuk menyampaikan dan menentukan pelaksanaa semua dasar-dasar semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan mengikut keperluan yang ditetapkan
·                     Kami berjanji memberikan layanan mesra dan sentiasa berusaha untuk memberi kemudahan, perkhidmatan dan maklumat kepada ornag rami, pegawai dan anggota Majlis pada setiap masa
Pengurusan Aduan
Bahagian Hal Ehwal Komuniti dan Sosial
·                     Memastikan semua maklumat dan aduan yang diterima dari orang ramai dan pelanggan akan diberi jawapan dan maklum balas tindakan yang diambil dalam tempoh 15 hari bekerja.
·                     Semua pelanggan di kaunter aduan dan pertanyaan akan diberi layanan yang mesra, cepat, cekap dan berkesan.
·                     Semua aduan melalui actionline, akhbar dan media massa secara lisan dan tulisan akan disampaikan kepada jabatan yang berkaitan pada hari yang sama untuk diambil perhatian dan tindakan.
·                     Semua Jabatan/Bahagian/Unit akan mengurus semua aduan yang diterima dengan mengambil tindakan berikut:
o        Menjalankan pemeriksaan di tapak/siasatan dan tindakan pemulihan dalam tempoh 2 hari bekerja mengikut status aduan dan keutamaan.
o        Memberi laporan dan maklumbalas ststus kes kepada pengurusan dalam tempoh 10 hari bekerja.
o        Memberi maklumbalas ke atas kes-kes tindakan susulan kepada pihak pengurusan dalam tempoh 22 hari bekerja.
Jabatan Akaun Dan Kewangan
·                     Semua tuntutan pembayaran yang memenuhi syarat dan lengkap akan dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja
·                     Memastikan semua urusan pembayaran hasil di kaunter boleh diselesaikan dalam tempoh 15 minit.

Jabatan Penilaian Dan harta
"KAMI BERJANJI UNTUK MENGURUSKAN PENILAIAN HARTA BERKADAR BAGI MAKSUD CUKAI TAKSIRAN DAN URUSAN SEMUA HARTA MAJLIS SECARA ADIL DAN WAJAR"
·                     Mengeluarkan bil cukai taksiran kepada pemilik harta berkadar selewat-lewatnya pada 15 Januari (1/2 penggal pertama) dan Julai (1/2 penggal ke 2).
·                     Surat makluman bagi permohonan pindahmilik disediakan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima lengkap.
·                     Surat makluman bagi perrmohonan tukar alamat disediakan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
·                     Surat keputusan bantahan disediakan dalam masa 6 bulan dari tarikh surat bantahan diterima.
·                     Penyerahan Notis Pindaan Nilaian selewat-lewatnya 30 hari bekerja sebelum tarikh kuatkuasa.
·                     Mengeluarkan bil sewa kepada penyewa harta Majlis selewat-lewatnya 10 haribulan pada setiap bulan.
Jabatan Perkhidmatan Bandar Dan Kesihatan
  • Memberi perkhidamatan memotong rumput 2 kali sebulan bagi laluan utama dan sebulan sekali lain-lain kawasan.
  • Memberi perkhidmatan pungutan sampah pada setiap hari di pusat bandar dan selang sehari di lain-lain kawasan.
  • Memberi perkhidmatan menyapu jalan pada setiap hari di pusat bandar dan kawasan awam.
  • Setiap longkang di bersih sekurang-kurangnya 2 kali sebulan di pusat bandar dan sesekali dalam sebulan di lain-lain kawasan.
  • Pasar awam yang dikehendaki Majlis dibersihkan setiap hari
Kesihatan/Perlesenan
"BERUSAHA UNT UK BERKHIDMAT KE ARAH PENCAPAIAN YANG BERKUALITI DALAM MUTU KESIHATAN MENERUSI PERLESENAN DAN PENGUATKUASAAN"
·         Keputusan bagi permohonan baru dan pengeluaran lesen/permit akan diberi dalam tempoh yang disebutkan dibawah ini tertakluk kepada syarat nahawa semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap dan sempurna dan selepas pengesahan syarat telah dipatuhi.
·         Memberi keputusan permohonan iklan dalam tempoh berikut:
o    Iklan premis dalam tempoh 21 hari bekerja
o    Billboard dalam tempoh 22 hari bekerja (Jabatan Perancang - Ulasan tapak)
o    Kain rentang dalam tempoh 1 hari bekerja
  • Memberi keputusan permohonan lesen penjaja dalam tempoh berikut:
    a) Gerai tepi jalan dalam tempoh 15 hari bekerja
    b) Penjaja statik dalam tempoh 15 hari bekerja
    c) Penjaaj bergerak dalam tempoh 15 hari bekerja 
  • Memberi keputusan lesen premis makana dalam tempoh 22 hari bekerja
  • Memberi keputusan permohonan lesen tred perniagaan & perusahaan dalam tempoh 22 hari bekerja
  • Memberi keputusan permohonan lesen pasar dalam tempoh 15 hari bekerja
  • Bagi tujuan pembatalan lesen, keputusan diberi dalam tempoh 15 hari bekerja
Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar
·         Keputusan bagi permohonan-permohonan akan diberi dalam tempoh yang disebutkan di bawah ini tertakluk kepada syarat bahawa semua permohonan serta dokumen adalah lengkap dan sempurna
·         semua permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang lengkap seperti berikut:- Pelan susun atur dalam tempoh 3 bulan
o    Pelan pertapakan dalam tempoh 45 hari bekerja
o    Pelan Pinta Ukur dalam tempoh 22 hari bekerja
o    Perlanjutan Kebenaran Merancang dalam tempoh 45 hari bekerja
o    Rayuan kepada Arahan dan Syarikat adalah dalam tempoh 45 hari bekerja
·         Permohonan Pelan Lengkap adalah dalam tempoh 1 bulan
·         Semua permohonan dari Jabatan Luar berkaitan dengan Permohonan Tanah, Tukar Syarat dan Penyatuan Tanah akan diputuskan dalam tempoh 21 hari bekerja.
·         Semua permohonan penamaan taman dan jalan akan diputuskan dalam tempoh 30 hari.
·         Memberikan ulasan berhubung permohonan lesen perniagaan dalam tempoh 5 hari bekerja 
Penyelenggaraan Taman Dan Rekreasi
  • Tempahan dewan dan gelanggang sukan boleh diluluskan semasa permohonan dibuat.
  • Pemotongan rumput di Taman Tasik Taiping dilakukan 2 kali sebulan.
  • Pembersihan sampah sarap di Taman taik Taiping dilakukan setiap hari.
  • Semua ulasan yang berkaitan dengan pelan lanskap akan diputuskan dalam tempoh 30 hari bekerja.












CARA PELANTIKAN PENTADBIR
























PERANAN EKONOMI
Majlis Perbandaran Taiping merancang dan mengawal pembangunan tanah secara optima termasuk meluluskan Pelan Susunatur, Pelan Pertapakan, Pelan Pita Ukur, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Pelan Landskap untuk memastikan perkembangan ekonomi bagi kawasan Taiping. Selain itu, MPT juga mengawal bangunan termasuk meluluskan pelan bangunan serta memberi lesen dan mengawal premis perniagaan, permit sementara, lesen penjaja dan iklan.

PERANAN KEMASYARAKATAN
Dari segi kemasyarakatan, MPT menyedia kawal selia dan menyelenggara pengindahan bandar dan landskap yang menarik. Selain ,menyelenggara jalan, sistem saliran dan menguruskan sistem trafik. Di samping mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan sosioekonomi penduduk ke taraf yang lebih tinggi dari semasa ke semasa serta membuat perancangan, penyediaan dan menyelenggara kemudahan awam infrastruktur dan kemudahan sosial bagi memastikan penduduk setempat  memperoleh kemudahan yang selesa.

PERANAN PELANCONGAN
MPT juga menyedia dan membangunkan pelancongan Taiping berteraskan warisan dan eko-tourism. Ini secara tidak langsung mempertingkatkan hubungan dan kerjasama antara MPT dan masyarakat setempat.


PERANAN KEBAJIKAN
Ø  Memberikan perkhidmatan perbandaran, kawalan mutu makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit.












PERKEMBANGAN
SEJARAH PERKEMBANGAN MPT
TAHUN
PERKARA
1874
Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan
1930
Lembaga Bandaran Ditubuhkan melalui Akta Lembaga
Bab 137
1956
Majlis Bandaran Berotonomi Kewangan
( keluasan kawasan pentadbiran 33.67 km persegi )
1.7.1977
Penubuhan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan
( keluasan kawasan pentadbiran 33.67 km persegi )
1.9.1979
Penubuhan Majlis Perbandaran
( keluasan kawasan pentadbitran 139.89 km persegi )
1.1.1991
Pertambahan Kawasan
( keluasan kawasan pentadbiran 165.70 km persegi )
1.3.1996
Pertambahan Kawasan
( keluasan kawasan pentadbiran 186.46 km persegi )









SUMBER KEWANGAN
-         Sistem kutipan hasil
-            Sistem cukai taksiran
-            Sistem perlesenan
-            Sistem pembayaran letak kereta
-            Pembayaran saman / Kompaun

PEMBANGUNAN PRASARANA / FIZIKAL
-         Taman Tasik Taiping
-           Zoo Taiping dan Night Safari
 
KEISTIMEWAAN / KELEBIHAN / KEUNIKAN
-         Taman rekreasi yang tertua di Malaysia :
    1. Taman Tasik Taiping
-            Bandar paling lembap sepanjang tahun
-            Zoo Taiping & Night Safari
-            Kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia :    
     1.  Bukit Larut / Maxwell
-            Muzium Taiping : Institusi muzium yang tertua di
               Malaysia.
-            Kota Ngah Ibrahim : Bangunan bersejarah yang
              menjadi tempat kediaman rasmi Che Ngah Ibrahim  Bin Che Long pada 1856.

PENGIKTIRAFAN / PENGHARGAAN
PENCAPAIAN MS ISO 9001 : 2008
-  Sistem Pengurusan Kualiti : PBT pertama di Perak sejak 2004.
-            Kelulusan Pelan Pembangunan, Kelulusan Sijil Layak Menduduki /
               Peraturan Siap dan Pematuhan
-            Pengurusan Cukai Taksiran
-            Kelulusan Pelan Perniagaan

PERTANDINGAN LANDSKAP PERINGKAT NEGERI PERAK 2010
-            Meraih Naib Johan kategori emas tema PBT berkonsepkan
              “Taman Tasik Taiping” pada 15 November 2010 di Parit Buntar.


PORTAL DAN LAMAN WEB TERBAIK
-            Diiktiraf tempat pertama dari keseluruhan PBT dan tempat ke-4 untuk
                keseluruhan Agensi Kerajaan Malaysia (Star Rating 5 Bintang) bagi kategori
               Portal dan Laman Web anjuran Mutimedia Development Corporation Sdn Bhd








CABARAN YANG DIHADAPI
KELEMAHAN
       -   Kepimpinan sentiasa berubah
-            Tiada Unit Perancangan Strategik (Sumber Manusia)
-            Undang-Undang Kecil Yang Lapok
-            Tiada Intensif Untuk menggalakkan pelaburan
-            Masih menggunakan kadar lama untuk menilai cukai
-            Penguatkuasaan yang tidak efektif
-            Sumber hasil terhad
-            Kekurangan penggunaan teknologi terkini
-            Ruang pejabat yang sempit dan terhad
-            Kekurangan penggunaan teknologi terkini
-            Ruang pejabat yang sempit dan terhad
-            Prospek kerjaya yang terhad
-            Peralatan kerja yang terhad

ANCAMAN
       -   Persepsi negatif masyarakat
-            Campur tangan politik
-            Industri tidak sah
-            Pekerja asing terlalu ramai
-            Kegawatan ekonomi menjejaskan kadar
-            Kemasukan pelancong
-            Persaingan antara negeri jiran
-            Saingan dengan bandar berdekatan
-            Imigrasi generasi muda ke bandar
-            Tahap kesedaran ICT penduduk rendah
-            Pemahaman orang awam
-            Kerjasama orang ramai
-            Pertindihan bidang tugas

PERANCANGAN MASA HADAPAN
Pelan Strategi Majlis Perbandaran Taiping (MPT) 2010-2015 telah menggariskan beberapa objektif strategi serta pelan tindakan yang perlu dilaksanakan. Tumpuan akan diberi kepada usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian agar program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan serta pencapaiannya dapat diukur berdasarkan KPI yang berkaitan. Pelan strategik ini juga akan dijadikan sebagai rangka kerja kepada pihak pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi serta meningkatkan keupayaan dalamannya bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.






RUMUSAN
Selepas menjalankan kajian ini, saya berasa amat bersyukur sebagai rakyat Malaysia  kerana keunikan dan kepelbagaian bangunan yang terdapat di negara yang tercinta ini. Saya juga berasa amat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang peranan dan fungsi yang dimainkan oleh Majlis Perbandaran Taiping. Selepas kajian ini dijalankan, saya lebih menghormati adat dan kepercayaan agama dan bangsa lain yang terdapat di Malaysia. Selain itu, saya akan cuba mengamalkan tradisi dan budaya bangsa saya yang begitu unik dan indah. Saya juga akan menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan Negara bagi memastikan Negara Malaysia terus aman tanpa diperkotakkatikkan oleh pihak –pihak tertentu. Jika seluruh masyarakat dapat mengenali dan memahami tugas yang dimainkan oleh Majlis Perbandaran Taiping dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat –menghormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menerapkan  semangat muhibbah atau semangat kekitaan. Selain itu, perpaduan juga dapat dikekalkan sekiranya setiap kaum menyemai rasa hormat- menghormati  dan saling bekerjasama tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaan.





TUGASAN 2
Soalan: Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di Negara kita?
Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan pelaksana dasar di peringkat akar umbi yang secara langsung menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah  memainkan peranan yang  tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Pihak berkuasa tempatan perlu menghayati dan menerap unsur-unsur patriotisme  demi memperkukuhkan integrasi nasional.. 
Unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh pihak pentadnitan tempatan  ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa  mengira bangsa dan agama. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah perpaduan nasional.  Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa. Mereka akan menjadi contoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini pentingkerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional. 
Kakitangan institusi pentadbiran tempatan perlu berlaku adil dan bertimbangrasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama ,telus dan tidak berat sebelah.Hal ini bagi mengelakkan timbulnya perasaan tidak berpuas hati dalam kalangan penduduk pelbagai kaum dan serterusnya mengugat integrasi nasional.
Undang-undang dan peraturan yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa  tempatan hendaklah munasabah, relevan tidak membebani penduduk tempatan. Dengan ini, rakyat jelata akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam dan sebarang masalah yang wujud haruslah menjadi prioriti utama pihak berkuasa.Apabila masalah masyarakat dapat dikurangkan , maka masyarakat akan hidup bersatu-padu dan akan wujudlah integrasi nasional yang diimpikan.
Nilai bersefahaman dan bermuafakat merupakan perkara penting bagi menjamin integrasi nasional dalam kalangan penduduk.Nilai ini dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong dan Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan.Masalah dan rungutan penduduk dapat diselami oleh pihak berkuasa bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk.
          Konklusinya, unsur-unsur patriotisme perlu  menjadi agenda utama  dalam institusi pentadbiran tempatan jika kita ingin memperkukuhkan integrasi nasional.Dalam hal ini pihak pentadbiran tempatan mendaklah menmberikan iltizam yang   tinggi dalam sebarang  urusan yang melibatkan masyarakat setempat.